Tunjang Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti. Guru-guru prasekolah dalam pengajaran tunjang ini seharusnya dapat mengenalpasti sub topik di bawah tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Kemudian guru perlu merancang, mengurus dan melaksanakan kemahiran motor halus, motor kasar, kesihatan fizikal dan persekitaran, keselamatan di prasekolah. Bagi aspek estetika pula guru sepatutnya boleh merancang, mengurus dan melaksanakan fizikal dan estetika – Kreativiti seperti Seni Visual, Muzik, Drama dan Gerakan Kreatif. Bagi tujuan elemen Penerapan Kecekapan Tenaga (KT) merentas kurikulum buku panduan ini telah menyediakan Rancangan Pengajaran yang dapat memuaskan kehendak kurikulum dan dapat pula menerapkan kecekapan Tenaga. Contohnya guru yang hendak mengajar Perkembangan motor halus dan aktiviti bagi kanak-kanak ialah Menggunakan tangan untuk meramas santan. Semasa penerapan KT Guru menerangkan cara memerah santan menggunakan tangan dan tidak menggunakan mesin untuk menjimatkan tenaga elektrik. Beberapa RP yang telah disediakan telah cuba difikirkan cara guru boleh menerapkan amalan kecekapan tenaga ini dan dapat juga menyampaikan pengajaran mengikut kehendak KSPK.Unit Penyelidikan Pendidik