PENGENALAN
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL PENGENALAN Bahagian Pembangunan Komuniti (PK) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Ibu Pejabat memerlukan jentera tambahan untuk terus memperkukuhkan keharmonian masyarakat dan perpaduan di kawasan-kawasan berisiko tinggi (Hot Spot) seluruh negara. Pegawai JPNIN yang sedia ada di peringkat Daerah sekarang tidak mampu melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kerana perjawatan sedia ada tidak sepadan dengan populasi penduduk. Disamping itu Pegawai JPNIN sedia ada di Daerah menanggung beban kerja yang berat melaksanakan Pentadbiran dan Pengurusan Jabatan, selain memantau dan menguruskan tugas-tugas berhubung dengan Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan, Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mengesan Isu-isu dan Indek Perpaduan Kaum serta Menyokong Program Agensi-agensi Kerajaan lain di Daerah dan Negeri. |
|